
Solusi Bina & Urus Tim Syarikat SME's
Direka khas untuk pengurus SME, buku ini menyediakan panduan menyeluruh tentang pengambilan pekerja. Pelajari cara-cara mudah untuk merekrut, menilai, dan menempatkan calon terbaik dalam organisasi.
Adakah anda seorang pengurus SME yang berdepan cabaran dalam pengambilan pekerja?
Buku ini menyediakan panduan komprehensif bagi membantu anda mengatasi masalah yang sering timbul dalam proses pengambilan dan pengurusan sumber manusia.
Antara topik yang dibincangkan termasuk kepentingan pengambilan yang terancang, langkah-langkah persediaan awal, cara menyiarkan iklan jawatan dan menyusun borang permohonan, teknik penilaian calon, serta proses temuduga yang sesuai untuk SME. Anda juga akan mendapat panduan mengenai ujian penilaian, penyediaan surat tawaran kerja, proses orientasi, dan semakan prestasi.
Dilengkapi dengan tips berguna dan contoh-contoh praktikal, buku ini penting untuk membantu anda membina pasukan berkualiti dan memastikan kejayaan syarikat.